Aku اکو

"..aku cuma ingin menjadi Muslim yang baik. Namun, sekiranya aku gagal, ia adalah kekhilafan aku di atas dunia sebagai seorang manusia yang tidak sempurna "

Salam Ukhwah سلام اوقوه












Sutera mewah hamba sembahkan

Bawa ke anjung bersama suasa
Salam Ukhwah hamba hulurkan
Buat pengunjung Cinta Al-Aqsa

Keris didamba seluruh persada
Tradisi dibawa mudik kelaut
Bicara hamba masih muda
Gurulah jua tempat berpaut

Puteri ternama jadi impian
Seisi kota merisik tanya
Lorong agama penuh ujian
Peluklah kita pada akarnya

Cinta Al-Aqsa,Kuala Lumpur

AkSarA bUDi اکسارا بودي


Asalamualaikum w.b.t.
Hamba coretkan kalam ke atas lembaran maya bagi mengisi permukaan naskhah dengan aksara budi.Pengunjung sekalian umpama cendekiawan yang datang dengan pelbagai persoalan dan ideology tersendiri.Hamba sekadar anak muda yang ingin melunaskan cita-cita berkongsi wadah menggayakan intelektiviti.Hamba dengan rendah hati memohon maaf atas segala kekurangan budi bicara dalam tinta ini.Yang baik dari Allah.Yang khilaf milik hamba.Andai pemikiran hamba tersungkur dari batas ilmu,cuit2kan bahu hamba.Usah dicubit sembunyi tangan.Maka yang salah tak dapat diperbetul.Yang baik tak hamba peroleh.Hamba ini umpama anggerik.Liar dihutan harum tiada.Direntap kasar hancur kelopak.Dipetik baik jadi jambangan.Menemui blog hamba dalam jutaan blog ilmuan lain,umpama menemukan anggerik dihutan desa.Mohon tetamu bertanya dengan bahasa.Menegur biarlah berilmu.Memikat dengan budi.Bermusuh jangan sekali.Riwayat hidup tiada lama.Andai terpisah siraturahim,didalam tanah kecundanglah hamba.Salam ukhwah untuk semua.

Cinta Al-Aqsa

Dari Blogger kepada Bloggers

salam. Hamba telah memecah belahkan blog hamba kepada 3 bahagian iaitu

blog ini cintaal-aqsa.blogspot.com untuk politik , teknologi etc

blog kedua cintaalaqsa.blogspot.com untuk bicara sains dan islam

dan blog peribadi hamba untuk teman-teman yang menyayangi hamba cinta-al-aqsa.blogspot.com

Salam Ukhwah buat semua. semoga mendapat manfaat.

Buat Adikku dunia dan akhirat


Sayang,
Hidup ini misteri
Semakin dicari semakin sukar untuk dimengerti
Lebih2 lagi soal hati.
Dekatkan dirimu pada tuhan
Kerana disitu segala ketentuan
Agama itu penentu jalan
Menghidupkan roh keinsafan
Semoga kau tabah hadapi segala dugaan
Dalam kehidupan.
Sayang,
Doa kanda sentiasa untukmu
Agar hidupmu sentiasa dalam redha-Nya

25.12.09

Lelaki idaman saya

Biarlah dia lelaki buta
sunyi dari melihat
perkara-perkara maksiat
terpelihara dari  memandang
Aurat wanita yang kecundang
Namun kuharapkan dia celik
melihat kesengsaraan yang kian memekik
Di bumi Islam seperti Palestin.
Yang sentiasa mengharapkan kita prihatin

Biarlah dia lelaki bisu
dari pujuk rayu yang mengoncang kalbu
dari menyusun ungkapan yang meracun fikiran
dari perkataan yang mengundang kekufuran
Ku harapkan bibirnya basah mengingati Tuhan
lidahnya tidak lekang  membaca Al-Quran
Asal dia petah membangkang kemungkaran
dan dia lantang menyuarakan kebenaran

Biarlah dia lelaki bakhil
Bakhil dalam menguntum senyuman
kepada wanita yang bisa meruntuhkan iman
Bakhil  meluangkan masa dan membuat temujanji
dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahi
Bakhil untuk menghabiskan wang ringgit
Untuk wanita yang nahs nya sentiasa menggigit
Tetapi kuharapkan dia begitu pemurah
meluangkan masa untuk beribadah
Dia begitu pemurah
untuk mempertahankan aqidah
Pemurah dalam memberikan nasihat dan teguran
Yang berasaskan akal fikiran
Walau nyawanya jadi tuntutan
kalimah syahadah sentiasa membelai iman
Melalui lelaki ini yang menjadi impian
Ku harap rumahtanggaku kekal aman

Biarlah lelaki itu papa
Miskin pengalaman maksiat
Miskin kepada ilmu yang tidak bermanfaat
Miskin dari akhlak mazmumah
Yang bisa merosakkan akidah
Tetapi dia kaya
Mengalun iman dengan bergaya
Kaya dengan pelbagai ilmu
Yang dikaut tanpa pernah jemu
memiliki ketinggian akhlaq
Yang akan dikenang orang kelak
Kaya budi pekerti
Diingat orang sehingga mati
Kaya sifat sabar
Keperibadiannya menjadi ikhtibar
Kaya dengan impian
Berjihad melalui kepimpinan
Sebagai seorang lelaki yang bernama suami.
Semoga cintamu hakiki (Ceh, siap jiwang lagi. Huhu)

1 comment:

Salam. Terima Kasih atas bicara yang ditinggalkan di atas blog hamba.