Salam Ukhwah سلام اوقوه
Sutera mewah hamba sembahkan
Bawa ke anjung bersama suasa
Salam Ukhwah hamba hulurkan
Buat pengunjung Cinta Al-Aqsa
Keris didamba seluruh persada
Tradisi dibawa mudik kelaut
Bicara hamba masih muda
Gurulah jua tempat berpaut
Puteri ternama jadi impian
Seisi kota merisik tanya
Lorong agama penuh ujian
Peluklah kita pada akarnya
Cinta Al-Aqsa,Kuala Lumpur
AkSarA bUDi اکسارا بودي
Asalamualaikum w.b.t.
Hamba coretkan kalam ke atas lembaran maya bagi mengisi permukaan naskhah dengan aksara budi.Pengunjung sekalian umpama cendekiawan yang datang dengan pelbagai persoalan dan ideology tersendiri.Hamba sekadar anak muda yang ingin melunaskan cita-cita berkongsi wadah menggayakan intelektiviti.Hamba dengan rendah hati memohon maaf atas segala kekurangan budi bicara dalam tinta ini.Yang baik dari Allah.Yang khilaf milik hamba.Andai pemikiran hamba tersungkur dari batas ilmu,cuit2kan bahu hamba.Usah dicubit sembunyi tangan.Maka yang salah tak dapat diperbetul.Yang baik tak hamba peroleh.Hamba ini umpama anggerik.Liar dihutan harum tiada.Direntap kasar hancur kelopak.Dipetik baik jadi jambangan.Menemui blog hamba dalam jutaan blog ilmuan lain,umpama menemukan anggerik dihutan desa.Mohon tetamu bertanya dengan bahasa.Menegur biarlah berilmu.Memikat dengan budi.Bermusuh jangan sekali.Riwayat hidup tiada lama.Andai terpisah siraturahim,didalam tanah kecundanglah hamba.Salam ukhwah untuk semua.Cinta Al-Aqsa
Dari Blogger kepada Bloggers
salam. Hamba telah memecah belahkan blog hamba kepada 3 bahagian iaitu
blog ini cintaal-aqsa.blogspot.com untuk politik , teknologi etc
blog kedua cintaalaqsa.blogspot.com untuk bicara sains dan islam
dan blog peribadi hamba untuk teman-teman yang menyayangi hamba cinta-al-aqsa.blogspot.com
Salam Ukhwah buat semua. semoga mendapat manfaat.
Buat Adikku dunia dan akhirat
Hidup ini misteri
Semakin dicari semakin sukar untuk dimengerti
Lebih2 lagi soal hati.
Dekatkan dirimu pada tuhan
Kerana disitu segala ketentuan
Agama itu penentu jalan
Menghidupkan roh keinsafan
Semoga kau tabah hadapi segala dugaan
Dalam kehidupan.
Sayang,
Doa kanda sentiasa untukmu
Agar hidupmu sentiasa dalam redha-Nya
31.5.10
Jalan Jahil
Lalu ditabur duri keemasan yang menyilau akalku
Menusuk naluri jahil
Andai hari ini aku ditimpa kesesatan
Buta dalam pencarian nur-illahi
Terpesong dari laluan mujahadah
Akan sucikah lagi iman hambaMu
Yang ketandusan ilmu ketuhanan
Namun sebenarnya qasidah kepada RahmatMu
Mencengkam sisa iman
air yang berperasa ilmu
supaya dalam kutitis ke lidahku
saat aku dahaga limpahan cahaya iman
Tuhan
berikan aku selimut
yang dapat menghilangkan gusar dan gigil badanku
ketika aku diserang nafsu dunia
Tuhan
ketika manusia meninggalkanku
Janganlah Kau turut berlalu
berpaling dari wajah hinaku
Kerana kehampaanku akan mencarik lagi sisa iman
yang tampaknya bertampal-tampal
papa akan kasihMu
Berikan sinarMu yang terakhir meskipun ia untuk hamba yang paling hina
atau sekiranya tidak
cabutlah sahaja ruh yang alpa ini
daripada aku bernyawa atas kemurkaanMu