Aku اکو

"..aku cuma ingin menjadi Muslim yang baik. Namun, sekiranya aku gagal, ia adalah kekhilafan aku di atas dunia sebagai seorang manusia yang tidak sempurna "

Salam Ukhwah سلام اوقوه












Sutera mewah hamba sembahkan

Bawa ke anjung bersama suasa
Salam Ukhwah hamba hulurkan
Buat pengunjung Cinta Al-Aqsa

Keris didamba seluruh persada
Tradisi dibawa mudik kelaut
Bicara hamba masih muda
Gurulah jua tempat berpaut

Puteri ternama jadi impian
Seisi kota merisik tanya
Lorong agama penuh ujian
Peluklah kita pada akarnya

Cinta Al-Aqsa,Kuala Lumpur

AkSarA bUDi اکسارا بودي


Asalamualaikum w.b.t.
Hamba coretkan kalam ke atas lembaran maya bagi mengisi permukaan naskhah dengan aksara budi.Pengunjung sekalian umpama cendekiawan yang datang dengan pelbagai persoalan dan ideology tersendiri.Hamba sekadar anak muda yang ingin melunaskan cita-cita berkongsi wadah menggayakan intelektiviti.Hamba dengan rendah hati memohon maaf atas segala kekurangan budi bicara dalam tinta ini.Yang baik dari Allah.Yang khilaf milik hamba.Andai pemikiran hamba tersungkur dari batas ilmu,cuit2kan bahu hamba.Usah dicubit sembunyi tangan.Maka yang salah tak dapat diperbetul.Yang baik tak hamba peroleh.Hamba ini umpama anggerik.Liar dihutan harum tiada.Direntap kasar hancur kelopak.Dipetik baik jadi jambangan.Menemui blog hamba dalam jutaan blog ilmuan lain,umpama menemukan anggerik dihutan desa.Mohon tetamu bertanya dengan bahasa.Menegur biarlah berilmu.Memikat dengan budi.Bermusuh jangan sekali.Riwayat hidup tiada lama.Andai terpisah siraturahim,didalam tanah kecundanglah hamba.Salam ukhwah untuk semua.

Cinta Al-Aqsa

Dari Blogger kepada Bloggers

salam. Hamba telah memecah belahkan blog hamba kepada 3 bahagian iaitu

blog ini cintaal-aqsa.blogspot.com untuk politik , teknologi etc

blog kedua cintaalaqsa.blogspot.com untuk bicara sains dan islam

dan blog peribadi hamba untuk teman-teman yang menyayangi hamba cinta-al-aqsa.blogspot.com

Salam Ukhwah buat semua. semoga mendapat manfaat.

Buat Adikku dunia dan akhirat


Sayang,
Hidup ini misteri
Semakin dicari semakin sukar untuk dimengerti
Lebih2 lagi soal hati.
Dekatkan dirimu pada tuhan
Kerana disitu segala ketentuan
Agama itu penentu jalan
Menghidupkan roh keinsafan
Semoga kau tabah hadapi segala dugaan
Dalam kehidupan.
Sayang,
Doa kanda sentiasa untukmu
Agar hidupmu sentiasa dalam redha-Nya

19.10.09

Sejambak ilmu dari guru


Bismilahirahmanirahim..seorang guru memulakan kelas dengan Surah Al-ikhlas,dan perbuatan itu membuatkan aku mencintainya sebagai seorang guru yang sahih.bukan guru yang batil. Entah apa takdirnya tadi,rakan2ku yang lain semua play truant dengan kelas.Tinggallah aku dalam kamar ilmu itu berdua dengan seorang jejaka yang kukenal sebagai guru.Agak gugup sebenarnya menghadapi situasi yang tidak wajar seperti ini.Lalu aku sebagai menghormati fitrah insan,aku menjadikan pintu kamar terbuka.Darahku sejuk.Gementar berhadapan dengan seorang lelaki muda yang berilmu.Rasanya,berbicara sepatah pun dengan dia aku tidak layak.apatah lagi melihat ke dalam matanya.Namun,lelaki berbudi itu sudi menanyakan namaku.Terima kasih guru,kerana sudi menghamburkan minitmu.
Guru muda ini menconteng sesuatu didinding white board.Aku tidak berani menulisnya terus dikertas.Kerana belum mendapat izin untuk menitip ilmunya.Selesai berbicara dua kata,yang pertama tentang diri.yang kedua imbasan pekerti.Guru ini memulakan naskhah bicaranya dengan gugusan ilmu.Yang diterang satu persatu kepada seorang perempuan yang empty inti akalnya.Terima kasih kerana mengerti aku ini bukan gadis yang pantas menerima wacana.Lalu guru ini menjatuhkan katanya sebutir demi sebutir.Sehingga akhirnya gadis empty ini kehilangan pondok gusarnya,kerana guru ini menghadiahkan aku sejambak ilmu.

Mohon kubalas budimu terhadapku diatas dunia ini dengan sepotong doa dari tikar sejadah.

Terima Kasih guruku,Haji Faisal B. Haji Musa (alias) Faisal Tehrani

No comments:

Post a Comment

Salam. Terima Kasih atas bicara yang ditinggalkan di atas blog hamba.